BACALAH UNTUK PENGAJARAN DAN KEINSAFAN......
Harga Sebuah Kereta dan Anak.......Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini perempuan berusia tiga setengah tahun.Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain dil uar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.
Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simentempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan.
Dicubanya pada kereta baru ayahnya.Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya.
Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit...'Siapa punya kerja ni?'
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihatwajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya,dia terus mengatakan.. .'Tak tahu... ! ''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteripula.
Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar daribilik.Dengan penuh manja dia berkata... 'Ita buat ayahhh.. cantikkan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya.
Si anak yangtak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangananaknya.
Si ibu cuma mendiamkan diri, antara setuju dan takut pada suamidengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa.
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumahmenggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangandan belakang tangan si anak kecil calar balar.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil diamenangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaikcalar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anakkecil itu.Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, pembantu rumah mengadu kedua-dua belah tangan si anakbengkak. ..'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskanmasa di bilik pembantu.
Si bapa konon mahu mengajar anaknya.Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya, sementarasi ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas.
'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutupsemula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktormengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibukanak-kanak itu.
'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangankanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlaluteruk.
'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku kebawah' kata doktor.Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
Si ibumeraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mataisterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaranpembedahan.Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, sianak menangis kesakitan.
Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-duatangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian kewajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semuamenangis.
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalamlinangan air mata berkata...'Abah... Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau abah pukul. Ita tak maujahat. Ita sayang abah... sayang mama.' katanya berulang kali membuatkansi ibu gagal menahan rasa.
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah,sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buatlagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji takconteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung diasekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapatmenahannya.
0 budak cute berceloteh:
Post a Comment