BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Menu Tab !

Followers

Nuffnang's Ads

Friday, 15 April 2011

Hargailah Insan Seperti Ini...

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiaplembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisapada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitansegala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapatisetiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa...

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak ini....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. ini mesti ada benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa lah tu" rungut Zakri pada Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.

Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya.Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datangmemeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari(Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambutkelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata melelehpanas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.

Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...oncemore...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dansekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata DoktorJohari selepas menyambut baby yang keluar itu.


Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dankeluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl,putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's atwin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. 

Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahirananaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisaberasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanyasebentar tadi.

Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisatahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akandimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Daniadiletakkan dinursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlahNisa menyusukan Danial dan Dania. 

Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yangtidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa. Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal sama ada Nisamengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulankahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulanselepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bilamengandung tapi sebaliknya pula yang terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisadapat memberi zuriat kepada Zakri. 

Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa."Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, sukaberjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. kenapa Bang?"soal Nisapada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak payah nak tunjuk baik pula" Zakri menempelak Nisa"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi."abang syak Nisa dengan lelaki lain ke? Kenapa abang syak yang bukan-bukan, Nisakanisteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat dengan orang lain pulakBang"? terang Nisa pada Zakri.

 "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat taktahu sahaja.

Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dadaNisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah."Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Nisa, kawan baik dengan bini sendiri,suami sendiri, bapak dengan anak, hah emak dengan menantu pun boleh jadi tauapatah lagi macam kau ini, tau tak. 

Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis dengan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heeeteruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa.

"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukanperempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenismacam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tauasal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emakkerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisapada Zakri.

"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernahtengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucapNisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanyaapabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja.Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikutshif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktuperniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain denganmengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikiankerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.

Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapikadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas.Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa.Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa,perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah.

Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakitpinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dancakap perangai Nisa macam firaun lah, perempuan tak sedar dirilah, taklayak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahipula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang merekatidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalahmelanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisamasih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa danmenghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis danmenanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yangingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. 

Emak Nisa dah seminggu pergi ke sanauntuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauhni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.

Masa inilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kitakahwin mereka bekerja keras kan"kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedangberehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takutpula hujan nanti"desak Nisa lagi. 

Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke,suka hati aku lah nak pergi malam ke siang ke tak pergi langsung ke"marah Zakri.

"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi,Nisa cuma nak ingatkan Abang saja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang padaNisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebaskepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya."YA ALLAHkau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahayaYA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dindingdan menangis.

Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebasmasih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisamembuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa pula ini seboksaja...."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salahsebuah cafe.

"Hoi, Encik Zakri, bini anda kat wad tak pergi jengok ke, apapunya laki anda ini? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.

"Alah, dia sihat saja kat wad tu, makan tanggung berak cangkung,ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.

"Senangnya hidup Zakri ini tak ada risau langsung pasal bini dia"cetushati Azlan.

"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelahdia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduksemata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,cubafikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri.

"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengahberehat lah, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.

"Suka hati kau lah, tapi kalau ada apa-apa nanti kau jangan menyesalZakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawabZakri.

"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ada masalahlah Zakri, pasal Nisa, datangsegera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilankecemasan dari Doktor Johari

"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt. Zakrimenamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.

"Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan."Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri."Alah jom lah cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otakyang serius, sebelum ini pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat causesebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkinkesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.Zakri hanya mendiamkan diri. 

Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakitkepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitanNisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk mintasimpati...tetapi sebaliknya..

...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktuNisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangatkatanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanyadan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yangkritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu dioperation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengantenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri.ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiaplembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisapada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitansegala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapatisetiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa...

"YA ALLAH Kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membacatiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembarandiari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuatZakri tertarik untuk membacanya.. .


Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan padaNisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bungainilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benarmenyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa.Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnyaNisa..

Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG sepertikita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bilaAbang panggil Nisa macam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG ituseketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilangdan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?

Abang...mukasurat ini khas untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnyaNisa pada Abang. Abang ingatkan hari ini hari ulangtahun perkahwinan kitayang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisatak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasihsayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaianuntuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangansekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulahhadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang.Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilahmereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapamelainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abangseorang.

Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cumamenumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalahNisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. 

Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukandari darah daging Nisa...tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasihsayang sepenuhnya dari keluarga ini. 

Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanyaseketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama.

Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emakNisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat namaemak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurangterubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembarkita. 

Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kataorang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajahNisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalanNisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingatiwalaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.


Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.Doakan Nisa.Ikhlas dariNur Nisa

"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih adaDanial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisamaafkan abang Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekepinggambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakrimengambilnya.

Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUATNISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN.SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruhtubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiapperlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiapperbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai beginijadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.

Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidakterdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa.Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalampangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat mukaNisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhirseakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.

"Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisiibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluarseolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat olehZakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. 

Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.

Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepadaneneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinyatermasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapibiarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka.Amat sedih ketika itu. 

Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkanmenangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnyaJenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkankawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisayang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yangmengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakriterlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang menciumtangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus.Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka NisaPutih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjagadari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, Kenapa kau tidur katsini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. 

Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secaraautomatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akanmenjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakakipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa...





 Logged

"Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah.

0 budak cute berceloteh: