BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Menu Tab !

Followers

Nuffnang's Ads

Monday, 22 August 2011

PERLU KE "COUPLE-COUPLE" NIEY?

'Couple' ! dah biase kan dengar perkataan tuu.. 
dan maybe ade antara korang yg tengah bace entry niey pon ber'couple'..
kalau utk pelajar universiti atau yg dah mencapai umur 18 tahun.. okey je kan.. tapi, kalau utk pelajar sekolah menengah.. oke ke? 


Dulu, janggal sangat kalau pelajar sekolah menengah couple.. tapi, sekarang macam biase jer.. bukan macam.. memang biase pon.. sebab ape? sebab murid sekolah rendah pon ade yg dah couple..


0ke laa.. kembali pada topik sebenar.. PERLU KE "COUPLE-COUPLE" NIEY?
pada pandangan Aiko, memang tak perlu pon.. sebab die;



  1. Kalau kita couple ngan orang tuu, tak semestinya kita kawen ngan die kan? kita tak tau takdir Allah..so, macam buang mase gituu..
  2. Sebelum kita lahir, Allah dah tetapkan nama kita, jodoh kita..sampai2 tarikh kita meninggal pon dah ditetapkan..
  3. Berlaku pergaulan bebas, or pembuangan bayi.. kenape? sebab;      
    1- korang couple..
    2-korang jumpe.. bnyak kali..
    3- korang dah biase jumpe, pegang tangan laa..
    4- alaa, xkan tangan je.. peluk sket
    5- gi hotel jom..
    6- kat hotel, berlaku maksiat..
    7- pompuan tuu mengandung..
    8- xnak tggung malu kes hamil luar nikah, gugur.. kalau ta gugur pon, bile
        baby tuu lahir, korang buang..
    9- tak ke naye baby tuu.. diorang ta b'dosa pon.. then, baby tu meninggal
        klau tak meninggal pon, diorang msti malu.. org akan hina die..tak ke
        kesiann??
  4. Gedik.. haha.. niey biase laa.. lame2 couple, msti ade nickname.. cth :
    syg,ayg, bby, hby, daddy, mummy, papa, mama, cyg dsb..
  5. frust..niey kes naye laa.. klau pakwe/makwe korang tuu playboy/girl.. ramai kkasih.. bile nak kawen, mesti r sorang je yg dipilih.. yg laen kecewa.. bile frust, emosional tahap giler.. then, mula laa nak buat bende2 ngarut... murtad laa, terjun bangunan laa..
  6. Time couple, best doe.. ayat cintan cintun.. 2 ary pas kawen, cerai.. apo ko bondo nyo neh? baek toksah kawen.. cer tengok org yg cintan cintun pas kawen.. bahagia lorh..
  7. sebab banyak sangat membebel, Aiko dah tak ingat sebab yg laen.. hehe.. korang renungkan laa ek.. =]

Salam dari Aiko,
                at Purple Love..

          

My Signature.. !


Test test.. hehe.. saje je nak try tengok signature niey... cantik tak? <3 





Saturday, 20 August 2011

Aiko menang segmen Blogger Zakwan..

Hello korang.. ingat tak, dulu Aiko penah join Blogger Mohd Zakwan pnye segmen niey.. blogger yg menang, akan diiklankan kat Blog A.Zakwan tuu..


Tadi, Aiko kan tengah boring-boring niey.. bukak laa fb jap.. tengok kat wall Aiko tuu... A.Zakwan post something.. tengok gambar kat bawah..klik utk lagi jelas..




so, bila tengok tuu.. berbunga aty aq.. ye laa.. sjak join dunia blog nie, first time menang taww.. 0ke.. tu je nak cakap.. buh-bye..

Tanda 100 Hari Sebelum Kematian !




“TANDA 100 HARI SEBELUM MATI”
“Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanyaakan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapunsemua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daginglembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan denganteliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
“TANDA 40 HARI”
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

“TANDA 7 HARI”
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
“TANDA 3 HARI”
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
“TANDA 1 HARI”
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
“TANDA AKHIR”
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.”